Photobucket

Apa Itu Radio

UMUM sudah mengetahui bahawa radio adalah media elektronik terawal yang dihasilkan dengan fungsinya sebagai alat komunikasi dalam menyalurkan maklumat kepada orang ramai.Sebelum televisyen dicipta sekitar tahun 1920 an ,radio memainkan peranan yang penting sama ada untuk menyebarkan berita atau menjadi alat hiburan untuk mendengar lagu.


Sejarah penciptaan radio dikatakan bermula apabila seorang jurutera elektrik dari Rom,Itali,iaitu Guglielmo Marconi telah mengembangkan suatu sistem telegrafi tanpa kabel pada tahun 1909.Biarpun televisyen mula dihasilkan dan mempunyai kelebihaan kerana turut memaparkan visual berbanding radio yang sekadar merangkumi penyiaran audio,tetapi peranannya sebagai media elektronik masih lagi penting sehingga kini.Sejajar dengan perkembangan teknologi yang berlaku sekarang ,ternyata dunia penyiaran radio juga turut menerima impaknya apabila radio internet sudah mula berkembang dengan lebih meluas.

Jika sebelum ini siaran radio adalah berdasarkan kepada gelombang frekuensi untuk mendapatkan saluran yang diingini,kini sesiapa sahaja boleh mendengar radio menerusi talian internet.Sebenarnya ,penyiaran siaran radio yang menggunakan talian internet sudah pun bermula pada peertengahan 1990-an di Amerika Syarikat dan ia juga dikenali sebagai web radio,net radio streaming radio atau pun e-radio.

Seorang penulis terkenal iaitu Carl Malamud telah menjadi perintis kepada perkembangan teknologi baharu itu apabila dia menubuhkan stesen radio internet pertama yang dikenali sebagai radio Internet Talk Radio.Sewaktu stesen berkenaan mula dilancarkan pada tahun 1993 ,rancangan yang disiarkan pula adalah lebih  menjurus kepada wawancara dengan seorang pakar komputer tentang perkembangan dunia komputer pada setiap minggu.Semenjak itu,radio internet dilihat semakin meluas sehinggakan saluran WXYC FM yang berpusat di Carolina Utara,Amerika Syarikat menjadi stesen radio frekuansi yang pertama mengumumkan penyiaran saluran radio itu di internet pada tahun 1994.

Melihat kepada perkembangan medium terbaharu terhadap dunia penyiaran radio,kajian yang dibuat Bridge Rating & Research pada tahun 2003 mendapati bahawa 19% penduduk di Amerika Syarikat yaang berusia 12 tahun ke atas adalah pendengar radio internet.Kemudian,tinjauan yang dibuat pada tahun 2008 pula menunjukkan tiga daripada tujuh orang penduduk di negara berkenaan yang berusia 25 hingga 54 tahun menikmati saluran radio di internet setiap minggu.

Sehubungan itu,sudah jelas menunjukkan radio internet kini dilihat semakin diterima ramai,termasuklah dengan kewujudan lebih 3,000 buah stesen di seluruh dunia sehingga sekarang.Mengenaiperkembangan radio internet di Malaysia,sebenarnya sudah terdapat banyak stesen radio frekuansi seperti Era FM, Hot FM dan Sinar FM meluaskan penyiaranya menerusi internet.

Bagaimanapun,mungkin ramai yang tidak tahu bahawa di negara ini sudah banyak stesen radio internet yang telah muncul,tetapi liputannya lagi belum meluas dan diketahui ramai.Sehingga ke hari ini sudah terdapat sebanyak 149 stesen radio internet yang aktif di Malaysia.

Updet Posts